SIBU: Seorang ejen syarikat penapis air kerugian RM41,870 setelah menjadi mangsa kes penipuan pekerjaan.
Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata wanita berusia 20-an itu berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook menggunakan nama profil Sunshine Travel.
Beliau berkata mangsa menghubungi nombor telefon yang tertera di iklan itu untuk pertanyaan lanjut sebelum dia diarahkan masuk ke satu laman sesawang bagi tujuan pendaftaran dan memulakan tugas.
Menurutnya bagi tugasan pertama, mangsa telah menerima komisen RM100.
"Mangsa kemudian diberikan tugas membuat tempahan 10 hotel berlainan dan membuat pembayaran berjumlah RM41,870 bagi penugasan tersebut dengan 12 kali transaksi dari 2 hingga 3 April ke lima akaun bank tempatan yang berlainan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zulkipli berkata setelah membuat pembayaran, mangsa menghubungi suspek untuk mendapatkan semula pembayaran modal dan komisennya namun diberikan pelbagai alasan.
Katanya mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 09 2024
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook. - Gambar hiasan
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Wanita rugi lebih RM41,000 jadi mangsa penipuan pekerjaan
Mangsa berminat mendapatkan kerja sambilan yang menawarkan komisen bagi setiap tugasan selepas terlihat iklan di laman Facebook.
Polis tahan dua wanita keldai akaun libatkan kerugian lebih RM70,000
Polis menahan dua wanita termasuk seorang warga emas dipercayai menjadi keldai akaun kepada dua sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM74,978.80, semalam.
“Ibarat macam berbual, tapi itu bukan saya” - Jadi sasaran scammer, Aaron Aziz buat laporan polis dan aduan MCMC
Pelakon popular, Datuk Aaron Aziz mendedahkan terdapat individu tidak bertanggungjawab telah menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam satu sindiket penipuan.
Tujuh 'keldai akaun' ditahan babit kerugian RM325,532
Menurut polis, kesemua mereka ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Barat Daya secara berasingan di sekitar Pulau Pinang semalam.
Pesara guru rugi lebih RM130,000 diperdaya sindiket penipuan
Wanita berusia 59 tahun itu diperdaya kononnya terlibat dengan kes penyeludupan dadah dan senjata api.
326 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamatkan
Rusdi berkata kebanyakan mangsa dibawa ke negara-negara seperti Kemboja, Myanmar, Thailand dan Laos.
Warga emas kerugian RM173,500 diperdaya 'phone scam'
Mangsa terima panggilan daripada seorang individu menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan meragukan, sebelum talian disambungkan kepada 'polis'.
Lelaki ditahan disyaki ‘keldai akaun’
Polis menahan seorang lelaki dipercayai menjadi 'keldai akaun' kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM97,000.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Empat penjenayah warga Taiwan ditahan, cubaan wujudkan hab panggilan gagal
Polis menggagalkan cubaan sindiket antarabangsa untuk mewujudkan hab pusat panggilan di Malaysia bagi menjalankan kegiatan penipuan dengan menahan empat penjenayah warga Taiwan dalam operasi khas.